Sunday, May 29, 2011

Jerawat

Jerawat

 Jerawat nie antara semua orang tak suka. Korang ada yang suka ke? Fiza x suka...
Kalau ada yang suka mesti pelik kan?.. Lagi-lagi yang nampak isinya tu... Geram sangat nak picit-picit..
Bagi muka yang tak da jerawat mesti happy tapi bagi perempuan masa period tu la paling tak suka... Masa tu la jugak jerawat nak timbul... Tak suka-tak suka...

Kalau ada jerawat nie mula la malu nak tunjuk muka... Kawan-kawan mesti cakap.. "eh jerawat la!!!..." Kalau jerawat yang besar lagi la... "Besar nyer jerawat!!!!..." hehe... masa nie kita mesti la beranikan diri berhadapan dengan semua orang jangan nak segan pulak hanya kerana sebijik jerawat kat muka kita nie.... Keyakinan kita mesti la tinggi biar la apa orang nak kata....

Fiza terbaca pasal jerawat nie.. Banyak faktor boleh mempengaruhi pertumbuhan jerawat antaranya ialah... perubahan hormon, keturunan(genetik), tekanan dan makanan. 


Kat bawah nie Fiza senaraikan tips-tips untuk mengurangkan dan mengelak jerawat:

~ sebelum tido tu ambik la wudu'
~ elakkan diri daripada tekanan
~ pastikan tidur dan rehat yang cukup
~ elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku lagi-lagi kuku panjang sebab kuku akan menyebabkan       
    jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut(radang)
~ berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat 
~ pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka
~ pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor(mempunyai bakteria), maka ia akan  
   memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka
~ lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga 
   menyebabkan pertumbuhan jerawat
~ kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori
~ pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap







No comments:

Post a Comment