Salam semua,
Nak kongsi sket...
Masa sekarang nie kan banyak yang dah guna telefon pintar...
Jadi untuk pengetahuan semua ada 5 sistem operasi yang digunakan untuk Telefon Pintar nie...
Antaranya:-
1. iOs
2. Blackberry OS
3. Android
4. Windows Phone 7
5. Symbian
Jadi ramai di antara kita yang saja guna telefon tu tanpa mengetahui jenis OS yang kita gunakan.
Kalau nak tau lebih lanjut jom kita tengok beza jenis-jenis sistem operasi ini.
1.iOS
iOs adalah singkatan untuk iPhone Operating System dicipta untuk telefon iPhone. Ia dikembangkan bagi menyokong peranti iPad, iPod Touch dan Apple TV.
2. Blackberry OS
Yang nie banyak digunakan oleh remaja dan dewasa masa kini kan. Jadi mesti la digunakan di telefon blackberry direka dan dibangunkan oleh Research In Motion (RIM). OS nie ada fungsi multitasking dan menyokong input dari Trackpad, Trackwheel, Trackball dan Touchscreen.OS nie tumpuan dorang dulu untuk golongan korporat dan perniagaan sebab dapat sokong email korporat. Selain tu kan BlackBerry nie telefon yang paling jimat menggunakan bateri. Ye ke!! Tak pasti pulak sebab x penah nak guna...
3. Android
Yang nie pulak dimiliki oleh Google Inc. Direka dan dibangunkan oleh sebuah syarikat kecil dan dibeli oleh Google pada Ogos 2005. Sejarah nie!!! Android nie berdasarkan versi modifikasi Linux Kernel. Menariknya ia adalah percuma ("Free") dan juga sumber terbuka ("Open Source").
4. Windows Phone 7
Dikeluarkan oleh Microsoft menggantikan Windows Mobile.
5. Symbian
Dah lama dah nie!!! Memang jenis dah biasa diguna. Dari S60v3 ke S60v5, paling baru pulak Symbian^3. Symbian^3 telah mengeluarkan PR 2.0 dikenali Symbian Anna. Buat masa sekarang Symbian Anna menggunakan 2 model iaitu Nokia X&-oo dengan Nokia E6-oo.
No comments:
Post a Comment